Ahad, 22 Mei 2011

CLINIC CURE&CARE 1MALAYSIA BUKIT MERTAJAM

DEFINISI KLINIK C&C 1MALAYSIA

 Satu fasiliti terbuka yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang boleh diaccess oleh semua peringkat pelanggan di dalam sebuah institusi – penagih, keluarga, majikan dan lain-lain (open access services).

 Fasiliti berperanan sebagai penyedia, pelaksana, perunding, penyelaras dan perujuk (termasuk kes advokasi) kepada program rawatan dan pemulihan klien – memenuhi keperluan kepulihan klien.

 Cure & Care (Pulih & Prihatin) diterjemahkan sebagai cara penyampaian perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan AADK selaras dengan hasrat kerajaan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan Program Transformasi Kerajaan melalui penetapan pencapaian NKRA.


KEMASUKAN

  Kemasukan ke C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara:-

     -   Walk-in – klien datang sendiri secara sukarela
     -   Rujukan – dirujuk oleh pihak ketiga (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan).
     -   Temu-seru – dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs.

KLINIK C&C 1MALAYSIA BUKIT MERTAJAMJalan Kampung Baru,
14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Tel : 04-7000170 / 171
Fax : 04-539 4835


clinic cure&care 1Malaysia Bukit Mertajam
APA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  Pada masa ini 12 perkhidmatan disediakan (secara berperingkat-peringkat).

Perkhidmatan ini disediakan secara pakej mengikut peringkat penempatan klien (client's placement level) dan jenis perkhidmatan antaranya :-

     -   Pesakit luar (harian, mingguan, berkala)
     -   Residen (2 minggu – 6 bulan)
     -   Daycare (1/2 hari, sehari dan hujung minggu – retreat)
     -   Detoksifikasi (7 – 14 hari)
     -   Khidmat singkat (terbuka)
     -   Rujukan/advokasi (terbuka)
     -   Rawatan terapi gantian (rujukan & berkala)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan